Thursday, January 19, 2012

Sebagai Ingatan

Aku. Rasa macam kena tampar banyak kali. Tapi sengaja kebal. Sebab aku tak mahu orang kata itu ini. Kalau soal kerja, aku masih boleh bergelak sakan. Kongsi pengalaman dengan orang. Dengar pendapat dari pihak sebelah lain. Tapi, bila disebut soal jodoh, aku serius. Ini bukan lawak antarabangsa. Ini soal hidup sampai ke mati. Ramai kawan aku yang sudah mahu mendirikan rumah tangga. Paling tidak pun, kalau belum mampu, masih menyulam cinta sampai jadi mampu nak kahwin. Ada ke? Itu maksudnya kena kerja lah! Kalau tak, nak bagi anak isteri makan apa? Pandai~

Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Tapi pandangan aku berbeza dengan pandangan orang lain. Aku memerhati setiap perangai manusia, kemudian mentafsir segala fikiran menjadi satu kesimpulan. Sebab itu aku banyak berdiam diri. Kerana manusia juga, hidup aku sentiasa beringat. Luaran baik, tapi perangai? Hati? Belum tentu sama. Yang jahat nak mampus? Tak semestinya jahat sampai mampus. Hati dan perasaan mungkin terlintas mahu bertaubat, tetapi tiada siapa yang ikhlas nak support dia untuk berubah. Lagi kena kutuk kaw punya. Macam itulah manusia. Kalau tak boleh berjanji, usah buat janji sebarangan. Nanti merana diri sampai ke mati.

Baru tadi, kawan aku menyebut tentang kahwin. Aku takut juga kalau mulut dia masin. Habis jealous seluruh kawan yang dikenali. Mana mungkin aku yang tidak punya kekasih boleh terawal menamatkan zaman single?  Itu mungkin terjadi. Kita tak tahu, tapi Allah itu Maha Tahu, dan Dia tahu segalanya.

No comments:

Post a Comment