Thursday, December 29, 2011

Tiada Yang Hebat

Aku tiada punya cerita hebat.
Memang tiada sama sekali.
Kerana aku pilih jalan untuk bersendirian.
Bangun setelah jatuh buat masa yang terlampau lama.
Pengalaman itu bisa mengajar berjuta erti hidup.
Kerana berjalan atas bumi milik Allah SWT bukan mudah.
Maka lepaskan aku.

Biar aku cerita apa hati aku mahu cerita.
Ada banyak sebab kenapa aku suka diam.
Pertama, berfikir.
Kedua, menterjemah.
Ketiga, bersabar.
Akhir, menahan marah.
Aku suka buat perkara pertama dan ketiga.
Dan aku paling benci menghadapi perkara yang akhir itu.

Ada banyak sebab kenapa aku suka simpan banyak perkara.
Pertama, belum pasti akan berlaku.
Kedua, elak rasa bangga.
Ketiga, elak rasa malu besar jika tak berlaku.
Akhir, sebab aku tak suka 'jaga kain orang'.
Aku juga seperti orang lain.
Ada kenderaan sendiri, baguslah.
Ada kerja, baguslah.
Ada simpanan, baguslah.
Ada kekasih, itu tak bagus.
Eh, suka hati akulah nak tulis apa!

Ayat kebiasaan memang dah lapuk kedengaran kat telinga aku.
"Bila nak kahwin? Bila turn kau pula nak kahwin?"
Eh, kau tanya banyak sangat nih, kau ada calon ke?
Kalau ada, sila kahwin segera.
Kalau tak, duduk diam-diam.
Faham? Tak faham aku cakap bahasa lain.
Sebenarnya, banyak ayat-ayat lapuk ni.
Aku je yang malas nak layan satu-satu.
Kahkah!

Sekian.
Assalamualaikum wbt.
Salam 1Malaysia.
[macam pengacara lak!]

No comments:

Post a Comment