Assalamualaikum wbt~
Sudah lama tak update blog.
Biasalah, aku sibuk dengan hal kerja.
HaHaHa!
Hari ini baru teringat nak update :)
Sejak akhir-akhir ini, ibu sudah membuka mulut.
Kisahnya tentang perkahwinan.
Aku hanya senyum.
Mati kutu beb!
Itu belum lagi mukadimah dari ayah.
Alamak!
Bagaimana aku yang single nak cerita pasal kisah cinta?
Bakal suami pun tak tahu siapa.
Aduhai, pengsanlah aku.
Kena cerita juga!
Aiseh~
Perkahwinan.
Umpama berada dalam sangkar yang teramat indah.
Untuk apa kita menolak fitrah?
Orang perempuan macam aku.
Sudah tentu bahagia dengan suami tercinta.
Hidup teratur dan terjamin.
Boleh share everything.
Hari-hari tengok muka suami pun tak apa.
Senyum pun sampai telinga beb!
Yang penting sekali,
Aku jumpa ketenangan yang dicari selama ini.
Sebab?
Fikirlah sendiri.
Aku bukanlah manusia sempurna.
Kamu juga bukan manusia sempurna.
Bersama kita muhasabah diri.
Yang pasti,
Jodoh itu rahsia Allah SWT.
Ajal maut juga rahsia-Nya.
Kita hanya mampu buat perancangan.
Dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh menentukan.
Wallahua'lam.