Sunday, December 30, 2012

2013



2013.
Aku adalah pelajar.
Jurusan CADD Mechanical Technology.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.

Ini adalah cabaran baru.
Pasal aku dulu bukan budak engineering.
Takde siapa pun paksa aku belajar benda ini.
Aku punya minat sendiri.
Sebab aku bekerja di kilang.
Kerja dalam bidang yang lebih kurang begini.

Jangan pandang rendah.
Ini adalah rezeki Allah SWT bagi.
Dan juga peluang kedua untuk tebus silap.
Sebab?
Itu rahsia aku dan Ya Rabbi.

Jika kau orang rajin muhasabah diri.
Jika kau orang sentiasa merendahkan diri.
Jika kau orang selalu bersabar.
Akan nampak setiap kelemahan diri itu.
Memanglah pahit untuk diterima.
Tetapi.
Hikmah disebaliknya amat berharga.
=)

Sunday, September 2, 2012

Dari Sudut Hati

Assalamualaikum wbt~

Sudah lama tak update blog.
Biasalah, aku sibuk dengan hal kerja.
HaHaHa!
Hari ini baru teringat nak update :)


Sejak akhir-akhir ini, ibu sudah membuka mulut.
Kisahnya tentang perkahwinan.
Aku hanya senyum.
Mati kutu beb!
Itu belum lagi mukadimah dari ayah.
Alamak!
Bagaimana aku yang single nak cerita pasal kisah cinta?
Bakal suami pun tak tahu siapa.
Aduhai, pengsanlah aku.

Kena cerita juga!
Aiseh~


Perkahwinan.
Umpama berada dalam sangkar yang teramat indah.
Untuk apa kita menolak fitrah?
Orang perempuan macam aku.
Sudah tentu bahagia dengan suami tercinta.
Hidup teratur dan terjamin.
Boleh share everything.
Hari-hari tengok muka suami pun tak apa.
Senyum pun sampai telinga beb!
Yang penting sekali,
Aku jumpa ketenangan yang dicari selama ini.
Sebab?
Fikirlah sendiri.
 Aku bukanlah manusia sempurna.
Kamu juga bukan manusia sempurna.
Bersama kita muhasabah diri.
 
Yang pasti,
Jodoh itu rahsia Allah SWT.
Ajal maut juga rahsia-Nya.
Kita hanya mampu buat perancangan.
Dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh menentukan.

Wallahua'lam.

Monday, February 6, 2012

Rezeki

Alhamdulilah. Rezeki tahun 2012. Diterima bekerja walaupun jawatan biasa sahaja, tetapi pulangan gaji tetap lumayan. Zaman sekarang, apa saja peluang yang datang, sambutlah dengan tangan yang terbuka dan hati yang redha. Lepas ini, dah boleh fikir nak beli kereta, selain bayar segala hutang yang agak menimbun juga. Haha! Lagipun, masa hidup bujang inilah manfaatkan sepenuhnya dengan bekerja. Kan?


Thursday, January 26, 2012

Fiksyen 302


Ini cerita betul-betul psiko.
Gila Irwansyah yang semakin mengganas!
Membalas dendam atas kematian Zarina Mustapha.
Lantas menukar diri menjadi Lan Lani.
Menghasut pesakit-pesakit mental yang lain sehingga kronik.
Jimmy Yeoh - Prakash Kumar - Farid Ja'ah
Semuanya si gila yang tak berdosa.

Zonan, pembunuh bersiri paling kejam.
Membunuh atas tiket dendam kesumat.
Tetapi, yang tidak berdosa juga terhapus sekali.
Umpama nyawa itu tidak ada ertinya.

Yang salah tetap terima hukuman.
Yang pergi tak mungkin akan kembali.
Yang hidup mesti teruskan jalan yang ada.

Irwansyah.
Dialah Lan Lani.
Dia juga Zonan.

Monday, January 23, 2012

Pendam

Aku yang mengejar bayang cinta.
Kian terbiar.
Terpendam kata tak terungkap selamanya.
Pedihnya hanya aku yang merasa.
Mahu memilikinya.
Aku hanya hamba cinta.
Bisik hatiku lepaskan dirinya.
Sungguh aku tak bisa.
Biarlah ku sendiri.
Tanpa kasih dihati.
Aku tak mampu pertahankan lagi.
Cinta yang menyakiti.
Biarlah aku pergi.
Tiada hampa dihati.

-Ahmad Shahir Zawawi-

Thursday, January 19, 2012

Sebagai Ingatan

Aku. Rasa macam kena tampar banyak kali. Tapi sengaja kebal. Sebab aku tak mahu orang kata itu ini. Kalau soal kerja, aku masih boleh bergelak sakan. Kongsi pengalaman dengan orang. Dengar pendapat dari pihak sebelah lain. Tapi, bila disebut soal jodoh, aku serius. Ini bukan lawak antarabangsa. Ini soal hidup sampai ke mati. Ramai kawan aku yang sudah mahu mendirikan rumah tangga. Paling tidak pun, kalau belum mampu, masih menyulam cinta sampai jadi mampu nak kahwin. Ada ke? Itu maksudnya kena kerja lah! Kalau tak, nak bagi anak isteri makan apa? Pandai~

Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Tapi pandangan aku berbeza dengan pandangan orang lain. Aku memerhati setiap perangai manusia, kemudian mentafsir segala fikiran menjadi satu kesimpulan. Sebab itu aku banyak berdiam diri. Kerana manusia juga, hidup aku sentiasa beringat. Luaran baik, tapi perangai? Hati? Belum tentu sama. Yang jahat nak mampus? Tak semestinya jahat sampai mampus. Hati dan perasaan mungkin terlintas mahu bertaubat, tetapi tiada siapa yang ikhlas nak support dia untuk berubah. Lagi kena kutuk kaw punya. Macam itulah manusia. Kalau tak boleh berjanji, usah buat janji sebarangan. Nanti merana diri sampai ke mati.

Baru tadi, kawan aku menyebut tentang kahwin. Aku takut juga kalau mulut dia masin. Habis jealous seluruh kawan yang dikenali. Mana mungkin aku yang tidak punya kekasih boleh terawal menamatkan zaman single?  Itu mungkin terjadi. Kita tak tahu, tapi Allah itu Maha Tahu, dan Dia tahu segalanya.

Monday, January 2, 2012

Aku Menyampah!

Sebenarnya~
Aku dah lama tahan perasaan ini.
Mula-mula aku buat tak endah saja.
Biarkan apa orang nak cakap.
Tapi, lama-lama .....
Aku jadi fed-up lah!

Sudah!
Jangan suka hati nak kaitkan nama aku dengan orang lain.
Biar orang-orang itu bahagia dengan hidup mereka.
Aku cukup tak suka betul lah orang buat macam ni.
Aku pun ada hidup sendiri.
Kadang kala nak juga ada privasi.
Kalau doakan yang baik-baik untuk aku tak mengapa juga.
Ini, entah apa jadah!

Kalau boleh dibalas, dah lama aku balas perangai orang ni.
Tapi aku bukan Tuhan yang senang nak beri balasan.
Tak mengapalah ya.
Buat baik berpada-pada kan?
Esok lusa siapa tahu.